Tentang kami

Justprint Solution merupakan sebuah syarikat yang memberikan tawaran dan khidmat percetakan & pengiklanan yang telah terbukti membantu ramai usahawan meningkatkan kualiti jualan & pendapatan mereka. tambahan lagi, syarikat ini juga membantu organisasi kerajaan & swasta yang mahu meningkatkan kualiti imej mereka kepada masyarakat.

Selain itu, syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan bagi tujuan peribadi, majlis khas dan lain-lain. Dengan berbekalkan pengalaman selama 7 tahun dalam bidang percetakan, syarikat ini memfokuskan untuk memberikan dan memastikan kualiti & servis yang paling berkesan bagi mencapai visi & misi syarikat ini dan memastikan produk keluaran syarikat ini memenuhi kehendak setiap pelanggan yang menggunakan produk yang ditawarkan.


Objektif

  • Membekalkan perkhidmatan & servis berkualiti dengan menerapkan pelbagai teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum.
  • Sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku agar mutu yang diberikan dapat dipertingkatkan dan seiring dengan keperluan semasa.
  • Konsisten dalam penghasilan produk supaya produk dapat disalurkan kepada pelanggan tanpa sebarang halangan dan menepati masa.
  • Sentiasa mengutamakan kualiti produk yang dikeluarkan kepada pelanggan.

Misi

Membantu menyelesaikan permasalahan pelanggan dengan memberikan servis yang terbaik dalam bidang Percetakan & Pengiklanan.


Visi

Untuk menjadi sebuah syarikat pembekal terkemuka & terbesar bermula tahun 2025 di dalam bidang Percetakan & Pengiklanan.


Slogan

Permintaan pelanggan adalah keutamaan kami.


Dokumen

https://drive.google.com/drive/folders/1iAd_E1m1FxGdZtjckzj4FaVOEIb4UEpL?usp=sharing