Syed Fauzi

JUSTPRINT SOLUTION (No Pendaftaran Perniagaan SA0221028-U) telah di tubuhkan sebagai sebuah syarikat percetakan yang berkebolehan dalam mencetak pelbagai bahan-bahan pemasaran perniagaan yang berkualiti tinggi.

Ditubuhkan dengan jayanya pada 12 September 2012, JUSTPRINT SOLUTION telah menggabungkan pengalaman, kecekapan pengurusan, dedikasi tenaga kerja dan kaedah pemasaran pemiliknya Tuan Syed Fauzi untuk membentuk sebuah syarikat penyedia servis cetakan yang pro-aktif, berwawasan dan berpandangan jauh serta profesional dalam memenuhi permintaan dan keperluan para pelanggan mengikut perubahan masa serta permintaan pasaran semasa.

Dengan misi untuk membantu orang ramai dalam urusan pemasaran, syarikat yang beroperasi di Bangi, Selangor ini juga sentiasa memastikan setiap produk yang di keluarkan mereka bukan sahaja hanya berkualiti tinggi malah ianya juga menepati objektif yang di kehendaki oleh pelanggan mereka.