Kami merupakan pembekal bendera. Bagi yang berminat untuk mendapatkan bendera seperti di bawah
- Bendera Malaysia / Banner Malaysia
- Bendera Negeri / Banner Negeri
- Bendera Wilayah Persekutuan / Banner Wilayah Persekutuan
- Bendera Daerah Johor / Banner Daerah Johor
- Bendera negara ASEAN/ Banner negara ASEAN
- Bendera Syarikat
- Bendera Agensi Kerajaan & Swasta
- Bendera Sekolah & Universiti
- Bendera Unit Beruniform

Anda boleh terus hubungi 019-3674197 (Syed) untuk tujuan tempahan. Saiz bendera boleh di rujuk pada jadual di bawah.

Bendera mempunyai berbagai-bagai ukuran bergantung kepada tujuan kegunaannya dan di mana ianya hendak dikibarkan.
1. Bendera Biasa (Standard)
Lebar – 91.5 sm (3 kaki)
Panjang – 183 sm (6 kaki)
Bendera ukuran inilah yang dikibarkan di bangunan, pejabat dan boleh
juga dikibarkan di rumah-rumah.
2. Bendera Rumah
Lebar – 61 sm (2 kaki)
Panjang – 122 sm (4 kaki)
Bendera ukuran ini dikhususkan untuk kegunaan rumah-rumah kediaman
di mana saiz dan ketinggian tiang-tiang bendera yang dapat digunakan
adalah terhad.
3. Bendera Sedang
Lebar – 122 sm (4 kaki)
Panjang – 244 sm (8 kaki)
Bendera berukuran di atas digunakan sebagai penutup keranda bagi mereka
yang ‘mendapat penghormatan’ Negara.
4. Bendera Besar
Lebar – 183 sm (6 kaki)
Panjang – 366 sm (12 kaki)
Bendera besar dikibarkan di Kedutaan-kedutaan Negara kita di luar negara.
Dalam negeri ianya dikibarkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Untuk
mengibarkan Bendera Besar ketinggian tiang bendera hendaklah bersesuaian.
5. Bendera Meja
Lebar – 15.25 sm (0.5 kaki)
Panjang – 30.50 sm (1 kaki)
Bendera ukuran inilah yang digunakan untuk bendera yang diletakkan di atas
meja. Ianya digunakan di persidangan, seminar, mesyuarat dan majlis-majlis
menandatangani perjanjian.
6. Bendera Kereta
Lebar – 15.25 sm (0.5 kaki)
Panjang – 30.50 sm (1 kaki)
Bendera Kereta dikibarkan di bahagian hadapan kereta sama ada di
tengah-tengah, di hadapan kanan atau kiri kereta. Amalan menggunakan
Bendera Kereta hanyalah dikhaskan kepada pembesar-pembesar tertentu
sahaja iaitu:-
(I) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong (Bendera Peribadi).
(II) Pelawat-pelawat negara asing yang mendapat taraf Tetamu Negara/
Kerajaan (Bendera Peribadi atau Bendera negara masing-masing).
(III) Duta-Duta Negara Asing di Malaysia (Bendera negara masing-masing).
(IV) Pegawai-pegawai Angkatan Tentera dan Polis Di Raja Malaysia
